Sejarah Sekolah


Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung adalah sekolah harian yang terletak di Pekan Bukit Beruntung. Mengikut sejarah penubuhan sekolah ini telah dibuka pada   1 Jun 1996 di kawasan seluas 3.6 hektar  (6 ekar). Sekolah yang dibina dan dibiayai oleh Europlus Berhad ini mempunyai blok bangunan 3 tingkat, satu blok kantin dan kawasan padang. Bangunannya dilengkapi dengan kemudahan fizikal seperti pejabat, bilik guru, bilik mesyuarat, pusat sumber, bilik rawatan, surau, tandas, bilik pemulihan dan bilik kaunseling.  Sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Bukit Beruntung  (SKBB) sempena nama tempat ianya dibina.  Tanah Pemaju beserta sekolah ini telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan pada 31 Mei 2003. 
 
Encik Abu Bakar bin Awang merupakan Guru Besar pertama SKBB.  Hanya terdapat 80 orang pelajar dan 7 orang guru pada hari pertama pembukaannya.  Oleh kerana bilangan murid yang sedikit, kelas bercantum terpaksa diwujudkan.  Tiga kelas yang dibuka iaitu Tahun 1 – satu kelas, Tahun 2 dan Tahun 3 dicantum menjadi satu kelas manakala Tahun 4 dan Tahun 5 juga dicantum menjadi satu kelas. 
 
Jumlah warga SKBB akan terus meningkat dari semasa ke semasa sejajar dengan penambahan penduduk setempat yang semakin pesat membangun. Oleh kerana bilangan murid dan kelas yang agak besar, dua sesi persekolahan telah dijalankan. 
 
Pada tanggal 5 Julai 2001, sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, Menteri Besar Selangor.

No comments: